July 15, 2008

Kem Pengakap July 2008

Friday , 11th July 08 -
Budak budak pengakap semua ajak aku and erie join camping dekat sekolah on the 11th , 12th and 13th . Aku bukan takmau nak gerak camping tu but adoi , i've got so many thing to do on that weekend :/ dah la cheer comp jatuh pada hari 11th & 12th oh . kerja semua macam terbengkalai because of this camping trip . class drum semua terlepas nak attend . but oh well , aku and erie decided to go to that scout's camping trip -the main reason kteorg gerak pun sbb markah Pengakap kteorg macam ZERO kot -.- habuk pun tadak sbb kteorang tak ambil serious sgt .


so yeah , aku and erie last minute sign up our names pada hari FRIDAY tu jugak . tapi barang semua dah pack ah . lepas habis sekolah on that day , masing masing busy nak balik rumah then pukul 2.30pm baru dtg balik for pendaftaran . amek kau , kteorg bawak beg 3 4 galas skali haha gedik sungguh :p aktiviti pengakap semua dah start la on that day , pasang khemah and all . malam lain pulak , semua budak budak pengakap akan bermain this one game at 2.30am .


HELPERS -budak budak seniors yng sukarela nak tolong camp ni . diorang tutup semua lampu satu sekolah . sumpah mcm dalam hutan -__-' gelap gile . semua kena tutup mata dengan scarf then ditinggalkan di tempat yng lain dan agak jatuh diantara satu sama lain , ALONE (!) hehe but yeah , it was fun and agak mencabar iman :P then pukul 3.30am baru kami diarahkan masuk ke khemah masing2 di padang . 4.30 sharp kena bangun dah , wtf ? :O haha but aku dengan erie semua dah biasa tido lambat . salin baju , masuk khemah , bergossip jap , mintak roti sikit kat member khemah sebelah , then baru kteorg tido like 30mnts je lepas tu dah kena bangun :)


Saturday , 12th July 08 -
"weh hazii , bangun bangunn ! cepat ah do , budak budak lain dah gerak atas mandi dah nii !" -ee time tu macam nak je sumbat mulut erie dengan sisa baki roti semalam -.-' hahaha . okay right , dah pagi . mood tak berapa rasa mengantuk but badan rasa gila penat :/ berlari terkekek lah kteorg pergi ke surau untuk mandi . grr sejuk sejukk :S tapi kan , kami dengan bangganya TAK MANDI (tut tu-duu!) ^.^ hahaha sejuk bai . kteorang gosok gigi basuh muka camtu je .

dah solat subuh sume tu , kteorg gerak kantin . amek pinggan sendiri and beratur lah macam biasa nak makan breakfast . after that , hooyeah haha aku and erie gila semangat sungguh wey , we're go to jungle tracking ! :D (hutan yng agak tebal belakang sekolah ah but best gila) tapi aku and erie tak sama kumpulan :( at first dah sama , tapi ada sorang dua budak ni buat hal main tukar tukar kumpulan and our komander tu agak pissed off la . dia shuffle balik budak budak sume , and yeah tak sama lah kteorg . agak bosan la :/ tepat pukul 830am rasanya , satu group demi satu group bertolak dari sekolah . ada 6 checkpoint and yeah , we made it to the 1st checkpoint -which is 9km from our school . mari mari , cepat mengayam benda ini . buat la anything yng macam kraf tangan , said one of our teacher yng jaga dekat checkpoint tu . apalagi , dengan tekun dan semangatnya aku menyuruh team members aku tolong menganyam skali . hampeh , last last aku sorg je yng menganyam benda alah tu . yng diaorg tahu , "hazii cepat weh cepatt mengayam !" haihs apalah -.- dengan sambil kusyuknya aku mengayam daun manatah kan , BOOM ! semua org terkejut (opocot , o-mak-kaw , woo , masyaAllah , ya Allah semua keluar ni !) haha . kau nak tahu asal ? ada kereta accident depan mata kteorg . kereta tu langgar pokok kepala sawit , terhuyung hayang pokok tu dibuatnye . mata semua org terkebil kebil pejam tak celik :O and then , BOOM lagi . kereta tu exploded pulak . pehh lagi bulat mata semua orang kot . and then i was like , wtf ? takut jugak ah en time tu . semua org dah macam panic gila babeng lari jauh dari situ "larii ! lariii !! kereta tu nak meletopppp !!!"

mula mula kereta tu meletop , api dah gila marah terbakar dekat enjin depan kereta tu . besar woo api dia o.0 asap dah tebal kat dalam kereta tu . plus , driver kereta tu dah pengsan dlm tu , indian guy . gosh , lagilah panic oh orang ramai cos like yeah WEY ADA ORANG DO KAT DALAM TU ! -.- but orang ramai tak berani nak pecahkan cermin tingkap kereta tu cos takut kereta tu meletop . siapa tak takut ? :/ so diorang hanya mampu pandang , buat muka pelik , terkejut , ternganga mulut , call 999 and panic -.- kesian oh that guy , takde siapa pun tolong dia :( dah gila gila punya lama , no one . NO ONE pun yng buat apa apa lagi . and then barulah ada abg ni pecah kan cermin tingkap belakang . tu pun like 35mnts later . duh , asap semua dah berketul ketul oh adoi . polis , bomba semua dah call tapi tak sampai sampai lagi . ya allah puuunyaalah lambat ! -.- lembab betul . aku and the rest cuma cakap , mhm habis laa sure dah rentung kaw kaw punya mamat tu . haihs kesian do :( cos at that time pun aku tengok dekat front seat dia pun dah terbakar ish ish *geleng kepala*

p/s: that news ada masuk tv and surat khabar . yng aku baca dekat Metro Ahad , 13 Julai 08 (m/s 15) "Pemandu rentung depan mata"

so yeah , aku terus balik mengayam daun sorg sorg sambil dengan penuh focus balik . dah siap , terus aku jerit nama group aku gerak dari situ . ye ye , kereta tu still terbakar dengan hevoh nye lagi . move on to the checkpoint #2 -4km depan lagi . kena kembali ke zaman kuno . yeah , kuno haha :) kteorg kena buat bahasa isyarat menggunakan rumput , tanah , batu and kayu . best best , checkpoint paling senang ! haha :D lepas tu kena gerak bukit beruntung police station . ketua kena masuk dalam and tanya nama petugas petugas polis dengan penuh sopan nye hihi and member yng lain kena duduk luar . bukan dduk saje ye , tapi salah seorang dalam group tu ditugaskan untuk melukis lencana polis -which is me ! kau tahu en macam mana lencana polis punye kan kan ? aduhai punya la susah :s haha but at the end , it looks very very tightt 8) yay for me haha .

moving on to the next checkpoint . 6km away from our last checkpoint tu . semua group kena tutup mata dengan scarf masing masing . duduk tepi jalan macam pendatang haram ngaha ! serious do , semua beratur sebijik je nasib tak letak tangan atas kepala haha :} setengah orang kena , rasa 'benda' yng ada dalam kotak (helpers semua kata dalam tu ada hamsters , biawak , ekor cicak and all haha) aku dapat teka semua :D terketar ketar jugaklah tangan aku nak masukkan tangan dalam kotak tu . hampeh , padahal bawang putih , bawang merah & tomato je ^.^ haha . and ada yng kena rasa 'benda' guna lidah -which is tepung , garam & gula je :p adoi .

next checkpoint -3km kot . kena buat ikatan tali . apetah nama ikatan tali semua tu hehe tak ingat . aku pakai buat je , ikut orang . then passed ! lepas tu , adoi jaaaalaann lagii :s dengan panas teriknye . 6km lagi -baru sampai dekat checkpoint seterusnye . kena dengar ceramah on how to use compass . blablabla orang tu membebel tunjuk ajar , kteorang kena buat balik and all and then lepas . okay right , JALAN LAGI adoi . hah untuk sampai ke checkpoint seterusnye plak , maybe its the most longest perjalanan kaki kot yng kteorang kena jalan . 15km ? wo woo :S jalan punya jalan tak sampai sampai pun oh , kteorang ingat macam dah sesat oh gelabah jugak la haha . sunyi sgt kat situ . tapi in every each group ada 8 or 9 members . okay la kot . jalan jalan jalan jalan jalan akhirnya nampak jugak ada abang senior ni tgh tunggu kat bawah pokok ni . fiuhh lega dah sampai . nak tercabut lutut lutut semua weh -___-'

and yeaaahhh , the time that i've been waiting for ! :D masuk hutan yo yo haha . abg tu kasi panduan . masuk sini , lepas tu masuk sana . then turun sana panjat sini . lepas tu ada kuil hindu then sampai lah korg dekat checkpoint seterusnya . haa ? kteorg kena masuk sndri ? walaweh telan air liur kami semua :O so semua masuk ah . jalan punya jalan , sampai dekat dlm hutan ni . checkpoint -kena masak telur dan bakar kentang bawah tanah . wee :D cant to eat that thing cos damn we're hungry ! korek tanah sume , salut telur dgn lumpur (im the who volunteered myself to jump into the dirty river nearby . haha tkpelah , kotor pun kotor lah . nak dapat experience punya pasal) sebelum tu , kami semua dipaksa utk meredah sungai tu yng agak dalam tu dan dilarang sama sekali membuka kasut , atau melipat kan seluar . cis , mana boleh do . kotor la kasut tu nnt . dah la sungai tu kuning pekat nak smcm ee :s aah takde takde , kalau kamu semua berani , REDAH JE ! -kata komander kami tu . eleh dia boleh ah cakap camtu , dia cross guna kayu boleh le :( kteorg pun mcm , aah redah pun redah la . lepas tu cari ranting kayu , bakar lah for about uhh..(tak ingatlah berapa lama kteorang masak) last sekali , telur and kentang bakar tu sodap weyy :D and thks to khai and sham who helped us . helpers hebat [winks]

hari nak gelap dah , cikgu suruh balik ke sekolah semula . sesetengah group en , haha telur and kentang diaorang tak sempat nak makan/amek . so tak dpt ah merasa telur and kentang tu . group aku dapat rasa . hehe sedap jugak lah , lain sikit drpd yng biasa . aku and ketua group (which is zini) je yng bantai kentang tu . well telur tu pun lebih kurang kot ? HAHA :P sorry guys . "weyy cepat sini beratur ikut group!!" -komander kami memberi arahan . so kami masuk lah hutan yng sebenar utk balik ke sekolah . khai and faqeh depan , tunjuk arah . well kau pun tahu en , if masuk hutan kena lah beradab sikit sume en ? haha ngok oh khai , dia boleh pulak bukak mp3 lagu t-pain apple bottom jeans (low) tu menari nari haha aduhai -.- tapi aaaa best gila masuk hutan tu , macam2 benda yng aku tak pernah tengok dkt situ . agak jakun sekejap ah at that time :) dah pnya lama gila berjalan , mendaki semua . baru lah sampai . jalan mana tah boleh tembus dari hutan blkg sekolah kteorg . hak ele -.- blkg sekolah je ke ? haha tapi jauh jgklah perjalanan dia , best best . dengan bau badan yng tidak berapa wangi , kaki lutut ku hampir tercabot , aku menuju ke khemah di padang . ku lihat , erie dan balak nya , syameer sedang mesra mesra berdating di luar khemah aku -.- wtf ? haha khemah aku , khemah erie jugak weh hihi kami satu khemah :p pnya la jealous aku haha ! petang tu ada kawad tongkat for pengakap . kami dipaksa (lagi) untuk memakai kasut yng sudah basah & kotor itu juga . aduhai berbau siot haha :s

MALAM KEBUDAYAAN -setiap group kena menyanyi lagu wajib pengakap and satu lagi kena buat sketsa . semua group bersemangat gila pikir idea , haha group aku buat donno je oh . time nak perform kteorg selamber je tarik diri tamau perform haha yeah ! :D boring ah . ada satu masa ni , cikgu lelaki ni ada petik gitar sambil lagu jiwang . syahdu gila lagu ahah . helpers tutup lampu and keluarkan torchlight mereka yg berwarna warni sambil menyuluhkan ke atas siling . wahh romantik sungguh :) ku lihat kiri , erie dan syameer tak habis habis berkepit (cis) ku lihat kanan , tasha keseorangan (sama sepertiku yayy sep sep !) ku lihat depan , cikgu tu tengah ambil feel gila gila untuk menyanyikan lagu tu . ku lihat belakang , bdk bdk seniors memekak dan senyum sinis kpd ku . haha tak boleh belahh :P lepas tu ada tarian poco-poco lah . lagunya sederhana rancak dan semua org kena berdiri menari poco poco bersama . semua org berkumpul di tengah tengah dan ikut menari . bdk bdk seniors semua dengan selamber nya mencelah celah dia tengah tengah tu and melompat lompat (moshing) , tangan melambai ke udara seperti di gig . hahaha kepala hotak doh korang ni ya Allah kelakar gila xD aku , erie dan geng aku yng lain dengan bangganya menari poco poco di belakang . wahh pro nya haha ! semua tumpuan kpd kami berbanding murid murid yng diajak menari di atas pentas . bdk2 seniors semua turut menari bersama kami walaupun agak cacat sedikit cara tarian poco poco mereka hihi :)


Sunday , 13th July 08 -
"Hazii ! bangun weh bangunn ! ee liat beno lah dia nii" -yeah , itu erie lagi . tak habis habis menolak nolak badan aku . haha aku terus bangun . tentmates aku semua cepat cepat terus kemas barang untuk nak balik nnt . ambil baju , facial wash , toothpaste -blah gerak surau nak mandi . dah get ready semua , gerak kantin plak . breakfast :) haha suka je aku time makan . nasi goreng and roti kaya . ergh aku tak suka kaya :s tapi telan je cos lapar doh . makanan boleh ditambah lagi . aku and erie berniat nak tambah berkali kali , tetapi hihi segan ;) so , tkpelah terima kasih je . selepas itu ada aktiviti membukak khemah dan membasuh khemah . later on , ada majlis penutup . haih ya Allah , menguap memanjang je time dalam barisan haha sumpah kuyup je mata -.- mengatok bai . membebel punya membebel , dah habis dah camp tu :)

awhh best gila camp tu . at first sumpah boring tapi last last kteorg enjoy oh <3

No comments: